Nama |
NUR SYERANIEZA BINTI HASARAN |
Umur |
20 |
Ahli |
2022 |
Latar belakang
Nur Syeranieza merupakan seorang pelajar lepasan tingkatan 6 dan telah melanjutkan pelajaran ke UMS. Beliau sering datang ke PEDi untuk mendapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan kerja kursus beliau. Sebagai persediaan untuk melangkah ke IPT beliau kerap datang ke PEDi untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan mempelajari beberapa perisian komputer yang asas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Seorang pelajar yang mempunyai pengetahuan terhad terhadap penggunaan komputer seperti cara menghidupkan dan mematikan computer serta menggunakan MS secara terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah melalui tiga kelas latihan ICT oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Sim-sim, adik Syeranieza kini dapat mempelajari banyak tentang penggunaan Microsoft dengan lebih mendalam. Adik Syeranieza kini lebih berpengetahuan untuk memasukkan gambar, jadual, carta aliran dan macam-macam lagi ke dalam MS Word. Beliau juga diajar cara untuk membuat carian Google sebagai memberi pendedahan bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat yang tepat dan sahih sebagai tujuan pepmbelaran dan meningkatkan pengetahuan. Adik Syeranieza akan terus diberi bimbingan sehingga mampu menggunakan komputer tanpa bantuan petugas.
Nama |
Annur Fatimah Firsyahdirani |
Umur |
14 |
Ahli |
2023 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang berminat dalam bidang teknologi namun tidak tahu asas menggunakan komputer. Adik Annur menjadi ahli PEDi Sim-sim pada bulan Mac setelah mengetahui tentang Pusat Ekonomi Digital melalui pengurus PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Seorang pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan komputer seperti cara menghidupkan dan mematikan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah melalui tiga kelas latihan ICT oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Sim-sim, adik Annur kini dapat tahu cara untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Adik Annur lebih berkeyakinan dalam menggerakkan tetikus kerana sebelum ini beliau tidak pernah menyentuh komputer disebabkan ketiadaan kelengkapan komputer dirumah. Adik Annur juga diajar cara untuk membuat carian Google sebagai memberi pendedahan bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat yang tepat. Adik Annur akan terus diberi bimbingan sehingga boleh mengendalikan komputer dengan sendiri.
Nama |
MUHD ALIF ZHARFAN |
Umur |
11 |
Ahli |
2022 |
Latar belakang
Muhd Alif mendaftar sebagai ahli pada Januari 2022 setelah mengetahui kewujudan PEDi Sim Sim melalui kenalan yang juga merupakan ahli terawal.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Muhd Alif mempunyai pengetahuan asas komputer yang terhad dan tidak mempunyai keyakinan terhadap penggunaan komputer dan internet. Antara kelas yang telah dihadiri ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point dan e-Learning.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Setelah setiap hujung minggu menyertai kelas ICT, Muhd Alif sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Word dan juga Powerpoint. Muhd Alif juga boleh mencari maklumat di internet menggunakan ejen carian Google selain mempunyai akaun media sosial seperti Facebook. Malah, Muhd Alif juga sering datang ke PEDi untuk mencari bahan ulang kaji atau menyiapkan kerja sekolahnya.
Nama |
MUHD HANIF ZHARFAN |
Umur |
16 |
Ahli |
2022 |
Latar belakang
Muhd Hanif merupakan pelajar SMK yang mendaftar sebagai ahli pada Februari 2022 selepas menyertai Program Advokasi secara bersemuka dengan para petugas.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Muhd Hanif mempunyai minat yang mendalam terhadap visual dan suntingan video tetapi tidak mempunyai akses untuk melakukan perkara tersebut. Muhd Hanif telah menghadiri kelas Suntingan Imej dan Video setiap minggu dan juga menyertai beberapa kelas secara dalam talian yang disarankan oleh petugas PEDi.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Muhd Hanif kini menjadi salah satu pengunjung tetap di PEDi SIM SIM untuk mengikuti Latihan ICT dan Program Advokasi. Muhd Hanif juga mengambil inisiatif yang disediakan di PEDi SIM SIM sehingga mahir dalam kemahiran pengendalian komputer dan beberapa aplikasi lain.
Nama |
ZULHAIKAL BIN ALFIAN |
Umur |
15 |
Ahli |
2020 |
Latar belakang
Diawal pembukaan PEDi pada tahun 2020, Zulhaikal telah menjadi ahli sejak berumur 13 tahun. Menjadi ahli yang giat menyertai latihan ICT dan program advokasi yang dianjurkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Zulhaikal tidak mempunyai pengetahuan asas komputer dan penggunaan internet. Zulhaikal berminat ingin mempelajari asas menaip dan menghadiri setiap latihan ICT. Selain itu, Zulhaikal juga aktif menyertai pertandingan secara fizikal dan secara dalam talian.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas penglibatan di PEDi, Zulhaikal kini mahir menggunakan komputer dan menggunapakai pengetahuan ke dalam pembelajaran. Zulhaikal juga kini menjadi salah satu ahli sukarela PEDi bagi membantu petugas menjalankan latihan ICT kepada pelajar baru. Keberhasilan Zulhaikal mempelajari asas kemahiran komputer di PEDi telah menarik minat ahli keluarga beliau untuk mengikuti kursus komputer serta menjadi ahli dan pengunjung tetap di PEDi Sim Sim.