Pengusaha Makanan Ringan (Cornflakes Salted Egg & Popiah Cheese)
Nama |
RAMLAH BINTI LATINGGI |
Umur |
32 |
Ahli |
2020 |
Latar belakang
Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pusat Internet Komuniti Sim Sim dan merupakan pengusaha makanan ringan iaitu cornflakes salted egg dan popiah cheese. Beliau juga berani untuk menyahut cabaran untuk memajukan diri serta perniagaannya dengan mencuba sesuatu yang baru seiring dengan kemajuan teknologi.
Sebelum Penggunaan ICT / penglibatan PIK
Sebelum menjadi ahli PIK, beliau mempunyai pengetahuan dan pilihan yang terhad dalam mempromosi produk jualannya. Beliau sebelum ini menjual produknya melalui media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan secara Cash On Delivery (COD). PIK banyak membantunya terutama dalam meluaskan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Selepas melibatkan diri dengan PIK, beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya di media sosial dan platform jualan online seperti Shopee dan telah mendapat banyak pengetahuan mengenai dengan ICT.
Nama |
MOHD SYUKRIEZAM BIN ABU SAID |
Umur |
13 |
Ahli |
2020 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar yang tidak mempunyai asas dalam menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK
Seorang pelajar yang tidak mempunyai kemahiran dan asas dalam menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Melalui kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Sim Sim, adik Syukriezam kini telah mempunyai pengetahuan asas dan boleh menggunakan komputer. Selain itu juga, adik Syukriezam juga dapat membuat tugasan sekolahnya di Pusat Internet Komuniti Sim Sim dan dapat menyertai pertandingan yang melibatkan penggunaan ICT seperti pertandingan menghasilkan poster dan video.
Pengusaha Button Badge
Nama |
FRANDY LIM |
Umur |
26 |
Ahli |
2019 |
Latar belakang
Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pusat Internet dan merupakan pengusaha button badge. Walaupun beliau memiliki pengetahuan dalam ICT tetapi beliau kurang berkemahiran dalam memasarkan produknya menggunakan platform media sosial.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli PI, beliau memiliki pengetahuan berkenaan dengan penggunaan ICT dan hanya menjual produknya melalui platform Whatsapp. PI banyak membantunya terutama dalam cara mempromosi dan memasarkan perniagaannya melalui platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan PI, beliau dapat mempromosikan dan memasarkan perniagaannya di media sosial dengan lebih berkesan.
Pengusaha Makanan (Kuih Muih, Kerepek dan Sambal)
Nama |
SALHA BINTI TALIB |
Umur |
41 |
Ahli |
2020 |
Latar belakang
Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pusat Internet dan merupakan peniaga kuih lidah dan kerepek pisang. Beliau juga berani untuk menyahut cabaran untuk memajukan diri serta perniagaannya dengan mencuba sesuatu yang baru seiring dengan kemajuan teknologi.
Sebelum Penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli PI, beliau memiliki pengetahuan yang kurang berkenaan dengan penggunaan ICT dan hanya menjual produknya dari rumah ke rumah. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan memasarkan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan PI, beliau dapat memasarkan perniagaannya di media sosial dan platform jualan online seperti Shopee dan telah mendapat banyak pengetahuan mengenai dengan ICT.
Nama |
ZULHAIKAL BIN ALFIAN |
Umur |
13 |
Ahli |
2020 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar yang mempunyai kemahiran penggunaan komputer yang terhad.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Seorang pelajar yang tidak mempunyai keyakinan dalam menggunakan komputer disebabkan kemahirannnya yang terhad.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sim Sim, adik Zulhaikal kini telah mempunyai kemahiran yang lebih dalam penggunaan komputer. Selain itu juga, adik Zulhaikal dapat membuat tugasan sekolahnya di Pusat Internet Sim Sim dan dapat menyertai pertandingan yang melibatkan penggunaan ICT seperti pertandingan menghasilkan poster.