Nama

MOHAMMAD IYASH ZEIN SYAWAL

 Umur

11

 Ahli

2021

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar tahun 5 yang baru mengetahui tentang PEDi Sim Sim datang mendaftar sebagai ahli.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Adik Iyash mempunyai masalah pembelajaran sewaktu PKP diumumkan kerana sesi PDPR berlangsung secara talian melibatkan penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Adik Iyash menggunakan kemudahan internet yang terdapat di PEDi bagi menyiapkan kerja-kerja sekolah serta membuat rujukan. Kini adik Iyash tahu menggendalikan komputer secara asas seperti cara untuk menghidup dan mematikan komputer selepas menggunakan serta tahu asas penjagaan komputer.

 Nama

MUHAMMAD AFIZAN

 Umur

7

 Ahli

2021

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar tahun 1 yang baru mengenali bidang teknologi dalam menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Adik Afizan tidak mempunyai pengetahuan asas terhadap penggunaan komputer dan merasa kekok untuk mengendalikan komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Petugas membantu adik Afizan mengendalikan komputer melalui latihan ICT yang dijalankan seminggu sekali. Kini adik Afizan lebih mesra dan yakin terhadap penggunaan komputer terutama penggunaan perisian YouTube, Chrome dan Microsoft Word. Disamping itu juga, adik Afizan turut menggunakan kemudahan internet yang terdapat di Pusat Internet bagi menyiapkan kerja-kerja sekolah serta membuat rujukan

 Nama

NORIDAH BINTI MOHD ALI

 Umur                   

 Ahli

 

58 

2021

 

 

Latar belakang

Beliau baru sahaja menjadi ahli selepas mengetahu kewujudan kelas usahawan di Pusat Internet Komuniti Sim Sim. Beliau adalah seorang suri rumah tangga dan menjalankan perniagaan secara separuh masa dengan menjadi agen salah sebuat organisasi penjualan produk kesihatan iaitu Zhulian.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Sebelum ini, Puan Noridah hanya memasarkan produk jualannya melalui katalog dan aplikasi Whatsapp. Beliau ini hanya menjual produknya secara langsung kepada jiran tetangga dan kenalannya sahaja. PIK telah mengajar Puan Noridah untuk mewujudkan katalog melalui aplikasi Whatsapp yang kini telah dinaik taraf menjadi Whatsapp Business

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

 

Selepas melibatkan diri dengan PIK melalui beberapa kelas Keusahawanan seperti sunting imej dan video, beliau dapat mempromosi perniagaannya di media sosial seperti WhatsApp Business App dan Berjaya mendapat pelanggan baru diluar kawasan Kg Sim Sim.

 

Reseller Pakaian Muslimah

 Nama

 Erna Suhaila Binti Samsudin

 Umur

 35

 Ahli

 2021

Latar belakang

Puan Erna merupakan seorang usahawan muda yang menjual pakaian berjenama muslimah sejak tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PIK, Puan Erna hanya menjadi seorang Dropshipper sahaja dan mempromosikan jualan menggunakan Whatsapp. Pendapatan sebulan berjumlah bawah daripada RM200 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PIK, Puan Erna berjaya menjadi agen selepas menyertai Pertandingan Usahawan Digital dengan melalui beberapa kelas keusahawanan. Antaranya, kelas Shopee anjuran kolaborasi dengan MCMC dan berhasil menguasai pengetahuan e-Dagang. Kini Puan Erna mempunyai akaun Shopee dan memudahkan urusan jual beli beliau. Puan Erna juga berjaya mendapat tempat pertama usahawan digital baru baru ini. 

 Nama

MUHAMMAD RAED NAZRAN BIN DZULKRNAIN

 Umur

11

 Ahli

2021

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berminat dalam bidang teknologi namun tidak tahu asas menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Seorang pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan komputer cara menghidupkan dan mematikan komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Setelah melalui tiga kelas latihan ICT oleh petugas Pusat Internet Komputer Sim Sim, adik Raed kini dapat tahu cara untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Adik Raed lebih berkeyakinan dalam menggerakkan tetikus kerana sebelum ini adik Raed tidak pernah menyentuh komputer disebabkan ketiadaan kelengkapan komputer dirumah. Adik Raed juga diajar cara untuk membuat carian Google sebagai memberi pendedahan bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat yang tepat. Adik Raed akan terus diberi bimbingan sehingga boleh mengendalikan komputer dengan sendiri.