Pengusaha Makanan (Kuih Muih dan Sambal)

 Nama

ARMNA @ AMNAH BINTI USIN @ HUSSIN

 Umur

 52

 Ahli

 2020

Latar belakang

Beliau merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar dan merupakan seorang peniaga kuih muih dan sambal ikan masin. Beliau merupakan seorang wanita yang kuat dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru demi menjayakan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai keraguan terhadap penjualan produk melalui media sosial. Beliau takut untuk mempromosi jualan beliau melalui media sosial kerana takut tidak mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI dan atas dorongan petugas PI, beliau mula untuk mempromosi jualan beliau menggunakan Facebook dan Whatsapp. Beliau telah mempunyai semangat yang tinggi untuk mempromosi bahan jualan menggunakan media social kerana ternyata jualan beliau telah mendapat sambutan.

 Nama

AHMADSHA BIN ABDULLAH

 Umur

 11

 Ahli

 2019

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar yang tidak mempunyai asas penggunaan komputer.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Seorang pelajar yang langsung tidak mempunyai asas pengenalan dan penggunaan kepada komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sim Sim, adik Ahmadsha kini telah mempunyai asas pengenalan dan penggunaan komputer. Selain itu juga, adik Ahmadsha dapat membuat segala tugasan sekolahnya di Pusat Internet Sim Sim dan segala tugasan kelas ICT seperti mengedit video dan menaip telah Berjaya dikuasai.

Pengusaha Gerai Makan Sendiri

 Nama

 ELDAWATI BT RAMLI

 Umur

 44

 Ahli

 2020

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang wanita yang mempunyai kemahiran menjalankan perniagaan dengan membuka gerai makan sendiri.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI, beliau mudah untuk mendapat maklumat mengenai cara-cara berniaga sendiri serta kemahiran ICT beliau yang sedia ada dapat ditingkatkan.

Pengusaha Penjahit Pakaian, Bouquet Delivery dan Kraftangan

 Nama

 NORHAFIDAH BINTI ABDUL HAMID

 Umur

 35

 Ahli

 2020

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang wanita yang mempunyai kemahiran menjalankan perniagaan dengan melakukan pelbagai perniagaan seperti menerima tempahan menjahit pakaian, membuat tempahan Bouquet Delivery iaitu Surprise Delivery di kawasan Sandakan serta membuat kraftangan seperti “Hand Sanitizer Holder” menggunakan kain batik.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, beliau kurang mempunyai kemahiran berkenaan dengan penggunaan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI, beliau mudah untuk memuatnaik segala perkhidmatan dan produk beliau di media sosial dan telah mendapat banyak pengetahuan mengenai dengan ICT.

 Nama

 AZIZAN BIN SURIADI

 Umur

 10

 Ahli

 2019

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar yang tidak pandai menggunakan komputer dan tidak tahu langsung menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Seorang yang kurang keyakinan menggunakan komputer untuk membuat sebarang kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sim Sim, adik Azizan kini lebih berkeyakinan dalam menggunakan peralatan komputer. Adik Azizan juga merupakan ahli aktif Pusat Internet Sim Sim dari beroperasi sehingga kini. Adik Azizan telah mengikuti kelas ICT dan kini dia telah pandai menggunakan perisian komputer. Selain itu, adik Azizan juga selalu membuat dan mencari bahan-bahan kerja sekolah nya di Pusat Internet Sim Sim.