PENGANGKUTAN AWAM

WhatsApp Image 2018-01-07 at 1.48.59 PM.jpeg.transformed

 

Pengangkutan awam seperti bas yang terletak di Bandar Letat merupakan kemudahan yang dapat dinikmati oleh masyarakat yang tinggal di Sandakan. Kemudahan ini sangat membantu masyarakat yang ingin mengunjungi tempat-tempat di luar bandar Sandakan seperti Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Dengan adanya kemudahan awam seperti ini maka penduduk Sandakan akan lebih mudah untuk melaksanakan setiap aktiviti harian mereka diluar bandar Sandakan.

 

PASAR SIM SIM

 

Pasar Sim Sim merupakan pasar yang dikenali oleh orang ramai dan wajib dikunjungi kerana terdapat banyak gerai yang menawarkan pelbagai ikan serta makanan laut bakar dengan harga berpatutan. Pasar ini terletak di pinggir bandar Sandakan dan sering dikunjungi oleh pengunjung yang datang dari kawasan lain.

Pelbagai jenis ikan laut dalam dan air tawar segar boleh dipilih mengikut kesukaan masing-masing contohnya ikan merah, ikan jenahak, ikan putih, ikan kerapu, sotong dan lain-lain. Harga yang diberikan adalah mengikut saiz ikan yang dipilih. Pasar Sim Sim ini beroperasi dari jam 9 Pagi sehingga 10 malam.

 

Sandakan Sabah Sim-Sim-CityMosque-02.jpg

Masjid Daerah Sandakan merupakan salah sebuah masjid yang terletak di SandakanSabah. Dibina pada tahun 1985 dan siap pada tahun 1989, ia adalah masjid utama bagi daerah Sandakan. Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1990.[1] Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Majlis Daerah Sandakan ini mula dibina dengan hasrat dan tujuan untuk memberikan kemudahan, khususnya umat islam di sekitar Sandakan untuk menjalankan amal ibadat mereka seperti sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat, sembahyang Hari Raya Aidil Fitri, sembahyang Hari Raya Aidil Adha dan juga kegiatan-kegiatan keagamaan yang lain.

Dengan terbinanya masjid ini, sekaligus merupakan petanda yang baik kerana masjid adalah tempat dan penyatuan masyarakat Islam dalam segala hal kehidupan sama ada yang berkaitan dengan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Pada tahun 2016, masjid itu dikunjungi oleh Putera Mahkota Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. [