Nama

NUR SYERANIEZA BINTI HASARAN

 Umur

20

 Ahli

2022

Latar belakang

Nur Syeranieza merupakan seorang pelajar lepasan tingkatan 6 dan telah melanjutkan pelajaran ke UMS. Beliau sering datang ke PEDi untuk mendapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan kerja kursus beliau. Sebagai persediaan untuk melangkah ke IPT beliau kerap datang ke PEDi untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan mempelajari beberapa perisian komputer yang asas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Seorang pelajar yang mempunyai pengetahuan terhad terhadap penggunaan komputer seperti cara menghidupkan dan mematikan computer serta menggunakan MS secara terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui tiga kelas latihan ICT oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Sim-sim, adik Syeranieza kini dapat mempelajari banyak tentang penggunaan Microsoft dengan lebih mendalam. Adik Syeranieza kini lebih berpengetahuan untuk memasukkan gambar, jadual, carta aliran dan macam-macam lagi ke dalam MS Word. Beliau juga diajar cara untuk membuat carian Google sebagai memberi pendedahan bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat yang tepat dan sahih sebagai tujuan pepmbelaran dan meningkatkan pengetahuan. Adik Syeranieza akan terus diberi bimbingan sehingga mampu menggunakan komputer tanpa bantuan petugas.