Nama

Annur Fatimah Firsyahdirani

 Umur

14

 Ahli

2023

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang berminat dalam bidang teknologi namun tidak tahu asas menggunakan komputer. Adik Annur menjadi ahli PEDi Sim-sim pada bulan Mac setelah mengetahui tentang Pusat Ekonomi Digital melalui pengurus PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Seorang pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan komputer seperti cara menghidupkan dan mematikan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui tiga kelas latihan ICT oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Sim-sim, adik Annur kini dapat tahu cara untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Adik Annur lebih berkeyakinan dalam menggerakkan tetikus kerana sebelum ini beliau tidak pernah menyentuh komputer disebabkan ketiadaan kelengkapan komputer dirumah. Adik Annur juga diajar cara untuk membuat carian Google sebagai memberi pendedahan bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat yang tepat. Adik Annur akan terus diberi bimbingan sehingga boleh mengendalikan komputer dengan sendiri.