Pengusaha Makanan Ringan (Cornflakes Salted Egg & Popiah Cheese)

 Nama

 RAMLAH BINTI LATINGGI

 Umur

 32

 Ahli

 2020

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pusat Internet Komuniti Sim Sim dan merupakan pengusaha makanan ringan iaitu cornflakes salted egg dan popiah cheese. Beliau juga berani untuk menyahut cabaran untuk memajukan diri serta perniagaannya dengan mencuba sesuatu yang baru seiring dengan kemajuan teknologi.

Sebelum Penggunaan ICT / penglibatan PIK

Sebelum menjadi ahli PIK, beliau mempunyai pengetahuan dan pilihan yang terhad dalam mempromosi produk jualannya. Beliau sebelum ini menjual produknya melalui media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan secara Cash On Delivery (COD). PIK banyak membantunya terutama dalam meluaskan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Selepas melibatkan diri dengan PIK, beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya di media sosial dan platform jualan online seperti Shopee dan telah mendapat banyak pengetahuan mengenai dengan ICT.