Pengusaha Makanan (Kuih Muih dan Sambal)

 Nama

ARMNA @ AMNAH BINTI USIN @ HUSSIN

 Umur

 52

 Ahli

 2020

Latar belakang

Beliau merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar dan merupakan seorang peniaga kuih muih dan sambal ikan masin. Beliau merupakan seorang wanita yang kuat dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru demi menjayakan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai keraguan terhadap penjualan produk melalui media sosial. Beliau takut untuk mempromosi jualan beliau melalui media sosial kerana takut tidak mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI dan atas dorongan petugas PI, beliau mula untuk mempromosi jualan beliau menggunakan Facebook dan Whatsapp. Beliau telah mempunyai semangat yang tinggi untuk mempromosi bahan jualan menggunakan media social kerana ternyata jualan beliau telah mendapat sambutan.