Nama |
NORDIANA BINTI NORASRI |
Umur |
17 |
Ahli |
2021 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang berminat dalam bidang teknologi namun tidak yakin dalam menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK
Seorang pelajar yang mempunyai pengetahuan asas yang terhad dalam penggunaan komputer seperti melayari internet dan menaip.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Melalui kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komputer Sim Sim, adik Nordiana kini dapat meningkatkan lagi pengetahuannya dalam bidang teknologi dan lebih yakin dalam menggunakan komputer. Adik Nordiana telah belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik Nordiana juga dapat mengaplikasikan pembelajarannya dalam penghasilan video menggunakan aplikasi Movie Maker dengan menyertai pertandingan video kreatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti. Adik Nordiana juga dapat menyelesaikan kerja sekolahnya di Pusat Internet Komuniti dengan capaian internet yang disediakan.