Utama
Soalan Lazim
- Bagaimanakah cara untuk saya memohon NADI di kawasan saya?
Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.
Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NADI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).
- Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NADI?
Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.
- Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek NADI? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka NADI ini?
Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.
- Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI?
Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.
- Siapakah yang boleh mengunjungi NADI?
Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
- Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di NADI?
Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
- Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di NADI?
Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.
- Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di NADI. Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?
Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.
- Apakah perbezaan di antara NADI dengan cybercafe sediada?
Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.
-
E-PEMBELAJARAN : MENGULANGKAJI PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
09 Ogos 2024
Tarikh : 09 Ogos 2024 / 02.00 Petang - 04.00 Petang (Jumaat) Tempat : NADI Sim Sim Peserta : Pelajar More -
LAPORAN AKTIVITI 09 AUG 2024
09 Ogos 2024
E-PEMBELAJARAN : MENGULANGKAJI PELAJARAN BAHASA MALAYSIA Tempat : NADI Sim-sim Tarikh/ Hari : 09 Ogos 2024 / Jumaat Masa : 02.00 Petang - 04.00 Petang Peserta : 1 orang Tujuan : Pelajar menggunakan ruang nadi untuk mengulangkaji pelajaran Gambar Klik Disini More -
SOFT SKILLS : TIPS TEMUDUGA
09 Ogos 2024
Tarikh : 04 Ogos 2024 / 02.00 Petang - 04.00 Petang (Ahad) Tempat : NADI Sim Sim Peserta : Belia More -
LAPORAN AKTIVITI 04 AUGUST 2024
09 Ogos 2024
SOFT SKILLS : TIPS TEMUDUGA Tempat : NADI Sim-sim Tarikh/ Hari : 04 Ogos 2024 / Ahad Masa : 02.00 Petang - 04.00 Petang Peserta : 1 orang Tujuan : Pelajar di bantu membuat persediaan menghadapi temuduga SPA dengan melihat sedikit dokumentari dari youtube. Gambar Klik Disini More -
ASAS KEUSAHAWANAN : CARA MERANGKA JUALAN PRODUK
09 Ogos 2024
Tarikh : 04 Ogos 2024 / 10.00 Pagi - 01.00 Petang (Ahad) Tempat : NADI Sim Sim Peserta : Belia More -
LAPORAN AKTIVITI 04 AUG 2024
09 Ogos 2024
ASAS KEUSAHAWANAN : CARA MERANGKA JUALAN PRODUK Tempat : NADI Sim-sim Tarikh/ Hari : 04 Ogos 2024 / Ahad Masa : 10.00 Pagi - 01.00 Petang Peserta : 2 orang Tujuan : Pelajar di ajar cara senaraikan semua produk jualan dengan menggunakan word serta cara memasarkan produk. Gambar Klik Disini More -
ASAS ICT : MEMBUAT KERTAS KERJA DENGAN MENGGUNAKAN WORD
09 Ogos 2024
Tarikh : 03 Ogos 2024 / 02.00 Petang - 04.00 Petang (Sabtu) Tempat : NADI Sim Sim Peserta : Belia More -
LAPORAN AKTIVITI 03 AUGUST 2024
09 Ogos 2024
ASAS ICT : MEMBUAT KERTAS KERJA DENGAN MENGGUNAKAN WORD Tempat : NADI Sim-sim Tarikh/ Hari : 03 Ogos 2024 / Sabtu Masa : 02 Petang - 04.00 Petang Peserta : 2 orang Tujuan : Pelajar di ajar cara membuat kiraan detik dengan menggunakan phytone kod. Gambar Klik Disini More -
STEM/ioT : MENGIRA DETIK DENGAN MENGGUNAKAN PHYTONE CODE
09 Ogos 2024
Tarikh : 03 Ogos 2024 / 10.00 Pagi - 01.00 Petang (Sabtu) Tempat : NADI Sim Sim Peserta : Pelajar More -
LAPORAN AKTIVITI 03 AUG 2024
09 Ogos 2024
STEM/ioT : MENGIRA DETIK DENGAN MENGGUNAKAN PHYTONE CODE Tempat : NADI Sim-sim Tarikh/ Hari : 03 Ogos 2024 / Sabtu Masa : 10.00 Pagi- 01.00 Petang Peserta : 1 orang Tujuan : Pelajar di ajar cara membuat kiraan detik dengan menggunakan phytone kod. Gambar Klik Disini More